29 Januari 2011

Israel gali terowong baru di bawah Kompleks Masjidil Aqsa


Jawatankuasa Al-Aqsa, Kementerian Awqaf dan Agama Kerajaan Palestin di Gaza
mengutuk penggalian terowong baru di bawah tembok Baitulmuqaddis yang menuju ke kawasan lapang Masjid Al Aqsa.

Jawatankuasa Al-Aqsa turut menafikan dakwaan bahawa kerja penggalian adalah untuk mengalirkan air dari zaman Kuil Yahudi Kedua dan mengaitkan "Kota Daud" di Salwan berhampiran kawasan berhampiran dengan Tembok Ratapan.

Jawatankuasa juga menjelaskan bahawa Israel mengakui bahawa kerja-kerja penggalian telah dilakukan sejak tujuh tahun yang lalu, dan mendedahkan bahawa Israel telah mensasarkan masjid dan tempat-tempat suci Islam di sekitar kawasan tersebut dengan berselindung di sebalik alasan membaiki sistem pembetungan berhampiran kawasan Al-Aqsa


Sumber :http://www.alquds-online.org/index.php?s=news&id=6533

Tiada ulasan:

Catat Ulasan