26 Mei 2010

Zionis Syaratkan Pembebasan Shalit Untuk Kapal Keamanan

Rabu, 26/05/2010 – Menteri Zionis, Yetzaq Herzog menegaskan kerajaan Zionis Israel tidak akan berganjak dengan keputusan menyekat konvoi keamanan untuk memasuki Gaza. Syarat utama yang ditetapkan bagi memasuki Gaza ialah pembebasan Giladh Shalit.

Herzog mendakwa objektif konvoi keamanan ini adalah untuk memberi tekanan dan provokasi terhadap kerajaan Zionis. Dalam pada itu, seluruh sukarelawan yang menyertai konvoi keamanan ini bertekad untuk meneruskan misi bagi menyerahkan bantuan yang di bawa.

Kapal LifeLine4Gaza Berlepas Menuju ke Gaza

Mavi Marmara Menuju Gaza from Sahabat Al-Aqsha on Vimeo.

23 Mei 2010

Dapatkan liputan terkini konvoi lifeline4gaza !

Dapatkan Updates terkini di :

1- Twitter (setiap 10minit di http://twitter.com/lifeline4gaza)


2-ikim.fm (setiap hari 10 malam), Sinar Harian, TV3


3- http://www.lifeline4gaza.org/

Hebahan Program di Masjik Jamek Bandar Baru Uda

Satu program bersama wakil Palestin akan diadakan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda seperti berikut:

Program : Ceramah Palestin ( anjuran AQSA SYARIF )
Tarikh : 22 Mei 2010
Waktu : Selepas solat Isya'

SEMUA MUSLIMIIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Sila war - warkan kepada sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya ke majlis tersebut. Gerai jualan AQSA SYARIF akan dibuka dan kutipan sumbangan untuk Palestin juga akan dibuat.

Jadual Lawatan Syeikh Abu Ubaidah

JUMAAT (21/5)

8.00am - Sampai di KLIA bergerak ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
10.00am - Sidang media Aqsa Syarif di Hotel Singgahsana, PJ
12.00pm - khutbah/ceramah di Masjid UIAM, Gombak (dibatal)

7.00pm KUALA KANGSAR
- Surau Ikhsaniah selepas maghrib
- Qiammullail bersama ikhwah

SABTU (22/5)

8.00am - Perjalanan ke Hulu Selangor (kereta)

10.00am HULU SELANGOR
- Masjid As Salam
- Ceramah umum
- Pengenalan AQSA SYARIF
- Pelancaran Kempen “1 Surau 1 Keluarga Miskin Palestin”

2.00pm - Bertolak ke JB (kereta)

3.00pm JOHOR BAHRU
- Ke Tempat penginapan ; Rumah Tamu UTM
- Ziarah pejabat JIM & AQSA SYARIF Johor
- Ceramah umum di Masjid Jamek Bandar Baru Uda

AHAD (23/5)

8.00am -Perjalanan ke Melaka (kereta)
10.00am MELAKA
- Masjid Alami, Ayer Keroh
- Pengenalan AQSA SYARIF
- Ceramah umum
2.00pm IBU PEJABAT AQSA SYARIF
? pm
- Penerbangan dari KLIA

12 Mei 2010

Imbas aktiviti ; Aqsa Syarif di Surau Taman Bukit Kempas

Alhamdulillah tahniah kepada Akh Jasman dan Akh Dr.Omar yang telah menggerakkan kariah Surau Taman Bukit Kempas menjaya Program Palestin Aqsa Syarif,
Alhamdulillah kutipan sebanyak RM1296.06 sumbangan untuk Palestin telah berjaya dikutip.

Ceramah Palestin disampaikan oleh penceramah Aqsa Syarif Johor Bahru Ustaz Rofazlin Jusoh.





Pengerusi Akhi Jasman









Ustaz Rofazlin sedang menerangkan tentang kedudukan dan kepentingan Masjid Al - Aqsa








Kariah Taman Bukit Kempas

04 Mei 2010

Penetapan tarikh kursus TOT

Mohon perhatian kepada semua yang berminat untuk menyertai kursus ini. Tarikh 5 JUN 2010telah ditetapkan sebagai tarikh untuk mengadakan kursus tersebut. Setelah dibincangkan dengan pengerusi Aqsa Syarif Negeri Johor, PM Dr Abdul Rahim Yusof, beliau telah berbesar hati untuk memberikan sokongan dan bekerjasama dalam menganjurkan kursus ini. Untuk itu, dengan persetujuan tersebut, beliau telah mancadangkan agar kursus dibuat untuk peringkat negeri sekaligus.

Disertakan maklumat ringkas program di sini :

Kursus : Train Of Trainers for Palestine
Tarikh : 5 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Qadisiyah Sek Islam Hidayah, Skudai Johor.
Penyertaan : Pelajar, Guru, Ibu Bapa, Aktivis Masyarakat, Wakil - wakil NGO dan semua yang berminat untuk memperjuangkan isu ini.

Jadi, semua warga Johor khususnya dan warga dari negeri lain amnya yang berminat menyertai sila beri maklumbalas segera dengan emailkan maklumat peribadi anda
( Nama, pekerjaan, alamat, no telefon ) kepada admin.InsyaAllah kursus ini akan dijalankan selama setengah hari sahaja.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan - rakan yang berminat.