04 Mei 2010

Penetapan tarikh kursus TOT

Mohon perhatian kepada semua yang berminat untuk menyertai kursus ini. Tarikh 5 JUN 2010telah ditetapkan sebagai tarikh untuk mengadakan kursus tersebut. Setelah dibincangkan dengan pengerusi Aqsa Syarif Negeri Johor, PM Dr Abdul Rahim Yusof, beliau telah berbesar hati untuk memberikan sokongan dan bekerjasama dalam menganjurkan kursus ini. Untuk itu, dengan persetujuan tersebut, beliau telah mancadangkan agar kursus dibuat untuk peringkat negeri sekaligus.

Disertakan maklumat ringkas program di sini :

Kursus : Train Of Trainers for Palestine
Tarikh : 5 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Qadisiyah Sek Islam Hidayah, Skudai Johor.
Penyertaan : Pelajar, Guru, Ibu Bapa, Aktivis Masyarakat, Wakil - wakil NGO dan semua yang berminat untuk memperjuangkan isu ini.

Jadi, semua warga Johor khususnya dan warga dari negeri lain amnya yang berminat menyertai sila beri maklumbalas segera dengan emailkan maklumat peribadi anda
( Nama, pekerjaan, alamat, no telefon ) kepada admin.InsyaAllah kursus ini akan dijalankan selama setengah hari sahaja.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan - rakan yang berminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan