29 Januari 2011

Israel gali terowong baru di bawah Kompleks Masjidil Aqsa


Jawatankuasa Al-Aqsa, Kementerian Awqaf dan Agama Kerajaan Palestin di Gaza
mengutuk penggalian terowong baru di bawah tembok Baitulmuqaddis yang menuju ke kawasan lapang Masjid Al Aqsa.

Jawatankuasa Al-Aqsa turut menafikan dakwaan bahawa kerja penggalian adalah untuk mengalirkan air dari zaman Kuil Yahudi Kedua dan mengaitkan "Kota Daud" di Salwan berhampiran kawasan berhampiran dengan Tembok Ratapan.

Jawatankuasa juga menjelaskan bahawa Israel mengakui bahawa kerja-kerja penggalian telah dilakukan sejak tujuh tahun yang lalu, dan mendedahkan bahawa Israel telah mensasarkan masjid dan tempat-tempat suci Islam di sekitar kawasan tersebut dengan berselindung di sebalik alasan membaiki sistem pembetungan berhampiran kawasan Al-Aqsa


Sumber :http://www.alquds-online.org/index.php?s=news&id=6533

Peningkatan jumlah kediaman rakyat Palestin yang dimusnahkan Israel


Nazareth, (PIC) - Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Perancangan Alternatif Arab
mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Israel telah menghancurkan 227 buah kediaman rakyat Palestin. Bilangan ini merupakan 38 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya, bilamana pada 2009 sebanyak 165 buah kediaman rakyat Palestin telah dimusnahkan . Kajian ini juga mendedahkan bahawa sebahagian besar kediaman yang telah dimusnahkan iaitu 205 buah kediaman terletak di desa-desa yang belum dikenalpasti oleh pihak berkuasa Palestin.

Jualan Al-Quran Terjemahan Resm Uthmani berlogo Aqsa Syarif


Dapatkan segera Al-Quran Terjemahan Resm Uthmani berlogo Aqsa Syarif.Sesuai untuk pembacaan seisi keluarga pada bila-bila masa. Sila hubungi nombor yang tertera atau Ustaz Rofazlin Jusoh di 0197740415

25 Januari 2011

Bantulah anak yatim dan keluarga miskin Palestine



Tahun 2011 kita sambut dengan penuh keinsafan. Dalam keselesaan kita duduk di rumah, ada insan di Palestin yang perlu terus dibantu. Kerajaanya dicengkam Zionis, rakyatnya ditindas, rumah dirobohkan, tanah dirampas sesuka hati, hak asasi mereka ditidakkan, pekerjaan tiada, makanan sukar diperolehi. Aqsa Syarif tampil memudahkan anda membantu mereka. Bantulah Palestin.

Sila klik pautan ini http://www.aqsasyarif.org.my/penajaan/

23 Januari 2011

Projek Ternakan Lembu Di Palestine


Atas derma anda sekelian, Aqsa Syarif telah berjaya menyelamatkan satu projek ternakan lembu yang terbengkalai, akibat gagal diteruskan oleh sebuah NGO. Semasa bantuan Aqsa2Gaza, relawan Aqsa Syarif telah melawat perkembangan projek yg telah diselamatkan itu. Projek berpotensi besar ini memerlukan dana pengembangan sebanyak RM 300,000.

Projek ternakan lembu, kambing, ayam dan arnab bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Projek diurus oleh Persatuan Islam Jabalia. Projek ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Projek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000).

21 Januari 2011

Rayuan Derma Untuk Projek Kilang Roti Di Palestin




Aqsa Syarif mensasarkan projek kilang roti yang menelan belanja RM 650 ribu itu siap urusannya pada 9 Mac 2011. Semoga ia menjadi mercu tanda kejayaan rakyat Malaysia di sana. Kita ada 50 hari lagi untuk menjadikan ini satu realiti.

Isu Gaza dan Palestin BUKAN semata-mata


Isu Gaza dan Palestin BUKAN semata-mata,

“ Membantu rakyat Palestine membebaskan Masjidil Aqsa kewajiban ummat Islam “
“ Selagi Masjidil Aqsa masih terjajah, selagi itu umat Islam berhutang dengan rakyat Palestine “
Hadis Nabi s.a.w riwayat Imam Ahmad ibnu Hanbal yang bermaksud :
“ Ada satu golongan dari umatku yang sentiasa memperjuangkan agama dan mengatasi musuh mereka, dan golongan yang menentang mereka tidak dapat memudaratkan mereka atau menimpakan mereka dengan bencana sehinggalah dating ketentuan Allah dan mereka akan sentiasa dalam keadaan tersebut dan sahabat bertanya Nabi s.a.w : Wahai Rasulullah s.a.w dimanakah mereka berada? Baginda s.a.w menjawab “ di Baitul Maqdis atau sekitarnya “
Juga hadis s.a.w riwayat Abi Hurairah r.a baginda s.a.w bersabda :
“ Bendera-bendera hitam dari Khurasan akan diterima, maka tidak ada sesuatu yang mampu menghalangnya sehinggalah ia dipacakkan di Eleya` ( satu kawasan di Palestin )

Isu Gaza dan Palestin BUKAN semata-mata,


1. isu memecahkan tembok kezaliman,
2. isu memberikan bantuan kemanusiaan,
2. isu memerdekakan bumi Palestin dari penjajahan,
3. isu mengalahkan Yahudi,

Akan tetapi Gaza dan Palestin adalah perencanaan Allah. Ia permulaan kepada perjuangan yang panjang, perit dan penamat. Ia adalah KUNCI kepada perjuangan sekarang dan akan datang.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi......" hadith Riwayat Muslim.

Apakah masanya telah tiba?
Adakah kita telah bersedia?
Adakah kita ambil peduli?

Hadir dalam mana-mana program Palestin. Bacalah seberapa banyak tulisan mengenai isu ini. Dalami kesah Zionis, pengaruh dan impaknya kepada dunia. Fahami kesah dajjal yang telah diperingatkan oleh Allah kepada ramai Rasulnya.

Norazmi Talib
Sukarelawan Aqsa2Gaza