03 Julai 2010

Larian Amal Palestin






Satu program Larian Amal Palestin bagi Kawasan Parlimen Johor Bahru telah diadakan di Dataran Angsana Tampoi pada pagi hari Sabtu 3 Julai 2010. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, telah memberikan satu penyampaian sebelum flag-off larian. Di samping itu juga Aqsa Syarif membuka gerai bagi menyebaran maklumat dan jualan barangan Aqsa Syarif untuk tabung Palestin.

Program yang dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad bersama Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru dan Utusan Malaysia tersebut telah dilancarkan oleh YB Dato' Abd Aziz bin Kassim, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Shahrir bin Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru.

Sdr Azan telah muncul sebagai juara larian kategori umum, sementara enam orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) termasuk ke dalam sepuluh teratas dalam kategori remaja lelaki, dengan Anas Hishamuddin di tempat pertama.

Pameran Aqsa Syarif akan terus berlangsung di bahagian dalam Plaza Angsana selama tiga hari lagi sehingga 6 Julai 2010.

Sumber : Lotfi Al-Fikri Facebook.com