23 April 2011

Tahanan Palestin Diusir Ke Malaysia




Selasa, 19/04/2011 - Tentera Zionis Israel telah mengusir tahanan Palestin, Maher Odeh ke Malaysia daripada kembali ke bandar kelahirannya Ein Yabrud di Ramallah.

Odeh ditangkap pada 14 Mac tahun lalu dan selepas 45 hari pusingan soal siasat yang kejam dia ditahan di pusat tahanan tanpa sebarang dakwaan ke mahkamah. Pusat hak asasi manusia dan kajian tahanan Ahrar berkata penyiasat Israel gagal mengeluarkan pengakuan dari Odeh dan menawarkan pengasingan berkali-kali tapi dia menolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Artikel asal: http://palestinkini.info/?p=9280

Zionist Perhebatkan Usaha Gali Terowong Di Bawah Masjidil Aqsa



Yayasan Waqaf Dan Warisan Al-Aqsa mendedahkan bahawa regim Zionist semakin memperhebatkan usaha menggali terowong di bawah Masjidil Aqsa. Antara kawasan penting yang menjadi tumpuan aktiviti penggalian Zionist sekarang ini adalah tenggara Masjid Al-Aqsa serta kawasan Dinding Buraaq.

Amerika Syarikat Diselar Halang Pelarian Pulang Ke Palestin



Jurucakap rasmi HAMAS, Dr Saami Abu Zuhri menyelar rancangan Amerika Syarikat menghalang pelarian Palestin pulang ke tanahair mereka sejak tahun 1948. Perkara itu didedahkan beliau dalam satu sidang media di Gaza. Menurut beliau, Amerika Syarikat bertegas bahawa pelarian yang diusir dari kediaman mereka oleh regim Zionist, tidak akan mendapat semula hak mereka serta ibu negara Al-Quds akan dikongsi oleh dua buah negara iaitu Palestin dan Zionist.

Gerai Aqsa Syarif Di Karnival Mahabbah IKIM.FM Johor Land




Aqsa Syarif telah menyertai Karnival Mahabbah IKIM.FM yang diadakan di Johor Land, Bandar Dato` Onn, Johor Bahru. Karnival ini yang bermula pada hari Jumaat 22 April sehingga Ahad 24 April 2011. Kunjungi gerai Aqsa Syarif di Karnival ini

30 Mac 2011

Facebook hapus laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ !




Ikhwanonline.com melaporkan bahawa “ Facebook “ telah menghapuskan laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ yang telah mencapai bilangan setengah juta pengunjung. Laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ ini telah menyeru agar umat Islam dan Arab digerakkan bagi melancarkan Intifadhah Palestine Ketiga pada 15 Mei 2011 bagi membebaskan Palestine.
Usaha ini bagaimanapun masih gagal kerana para aktivitis telah membuka laman baru dengan nama yang sama dan menyeru agar sejuta orang menyertai. Para aktivist Intifadhah Palestine Ketiga telah menyelar tindakan Facebook menghapuskan laman ini. Tindakan Facebook ini menurut Ikhwanonline.com didalangi oleh Menteri Informasi Israel, Yuli Edelstein yang telah meminta pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg menghapuskan laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ dengan alasan laman ini membahayakan Yahudi dan kepentingannya serta mengajak umat Islam menentang Zionist.
Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=81568&SecID=230

22 Mac 2011

Serangan terbaru Zionist ke atas Gaza cederakan 18 orang





Gaza – 21 Mac 2011- Regim Zionis menyerang lagi Gaza. Kali ini yang menjadi sasaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Serangan pada hari Isnin 21 Mac yang lalu, telah mencederakan 18 orang penduduk Palestin serta memusnahkan masjid, kediaman awam, klinik serta premis perniagaan.

Menurut Adham Abu Salmiyah, jurucakap Unit Kecemasan Gaza, hingga kini sudah 18 orang yang dimasukkan ke hospital. Diantara mereka, tujuh diantaranya kanak-kanak di bawah umur dan enam lainya adalah wanita. Sebelum itu, 11 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital Al-Syifa Gaza. 7 yang lain dirawat di hospital Kamal Udhwan di Bet Lahia.

Pada kejadian hari Isnin yang lalu, beberapa buat jet pejuang Zionis telah menyerang kota Khanyunis, selatan Gaza. Sasaran serangan adalah kawasan perumahan dan masjid. Menurut sumber tempatan, menyebutkan, beberapa buah peluru berpandu telah dilepaskan ke arah masjid Ibadurrahman di timur Khanyunis dan memusnahkan masjid tersebut sama sekali. Selain itu sebuah rumah milik keluarga Al-Najar turut diletupkan. Sumber berita melaporkan, sejurus sebelum serangan udara dilancarkan, regim Zionis telah mengarahkan para pemilik rumah keluar dari rumah mereka.

Menurut saksi kejadian, beberapa buat jet pejuang Zionis F16 telah menggempur lokasi di mana As-Syahid Abdul Aziz Al-Rantisi dibunuh di wilayah Al-Taw-am, utara Gaza yang telah mencederakan beberapa orang penduduk.

Sumber : Ikhwanonline dan Palestine-info

19 Mac 2011

Serangan Udara Terbaharu Regim Ragut 2 Nyawa Rakyat Palestin




Menurut laman sesawang www.ikhwanonline.com bertarikh 16 Mac 2011, 2 orang rakyat Palestin telah terbunuh sementara seorang lagi cedera apabila regim Zionist telah melancarkan serangan udara ke lokasi latihan HAMAS di timur Bandar Gaza pada awal pagi tadi. Menurut jurucakap Unit Kecemasan, Abu Salimah, bahawa 3 mangsa serangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Syifa` Gaza.

Sekurang-kurangnya 2 buah peluru berpandu telah dilancarkan daripada jet F-16 milik regim dan meletup pada awal pagi di kawasan Abu Jarad dan lingkungan timur Bandar Gaza.
Menurut saksi kejadian, bunyi letupan yang kuat kedengaran dan asap tebal kelihatan di kawasan serangan sejurus serangan jet F-16 milik regim.

17 Mac 2011

Nyawa rakyat Palestin terancam bekalan perubatan terputus : Kementerian Kesihatan Gaza




Kementerian Kesihatan Gaza member amaran bahawa wilayah tersebut akan kehabisan bekalan insulin dan ubat-ubatan untuk proses dialisis dalam tempoh beberapa hari ini. Dilaporkan bahawa beratus pesakit memerlukan bahan ubat-ubatan ini bagi proses dialisis harian atau pemindahan buah pinggang.

Bahagian Farmasutikal Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi ini telah mempengaruhi 40% simpanan ubat-ubatan keseluruhannya, bilamana ia menyebabkan 165 bantuan perubatan kritikal tidak dapat disediakan.

Kebanyakan bekalan ubat-ubatan telah habis termasuk ubat-ubatan yang penting bagi pesakit barah, sawan, wanita hamil dan yang melahirkan anak, penyakit berkaitan kanak-kanak, penyakit thalassemia, susu formula bayi, ubat-ubatan khusus serta peralatan bagi bayi yang baru dilahirkan. Pesakit Palestin kini diancam bahaya khususnya bagi mereka yang ditempatkan di unit jagaan rapi serta mereka yang menghidap penyakit jantung dan saraf yang serius.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata hanya 37% bekalan perubatan penting, berjaya dibawa masuk ke Gaza pada tahun 2010, dan situasi Gaza yang dikepung ini akan mewujudkan bencana kesihatan pada masa hadapan yang akan mengancam nyawa ribuan pesakit sekiranya bekalan perubatan tidak disalurkan dengan segera.

12 Mac 2011

" Bebaskan Palestin " pada wang kertas Israel




RAMALLAH (Ma’an) – 6 Mar 2011 Para remaja Palestin telah memulakan kempen menulis perkataan “ Bebaskan Palestin “ pada wang kertas Israel di Facebook .
Mengikut halaman kempen di Facebook, idea ini tercetus dari pihak penganjur yang menyakini usaha penentangan tanpa kegananasan di peringkat nasional
Matawang Israel –shekel- digunakan di Tebing Barat dan Gaza dan pihak penganjur kempen ini berkata bahawa dengan menulis pada wang kertas ini remaja Palestin boleh berperanan dalam menentang pendudukan Israel serta polisi yang menindas rakyat Palestin.
“ Ini adalah cara penentangan yang mudah, kreatif, tidak melibatkan keganasan serta inovatif “ menurut satu kenyataan di dalam laman Facebook.
Kenyataan tersebut juga menggesa para pengguna Facebook menyertai kempen ini dan “ menjadi sebahagian daripada hasrat yang dicita-citakan untuk melakukan perubahan serta membuktikan ( sokongan ) “
Para remaja Palestin didapati semakin ramai menggunakan laman sosial ini sebagai alat penentangan, yang diilhamkan daripada usaha kebangkitan rakyat seluruh Negara Arab menerusi internet
Para pelajar dan aktivis di Gaza telah menggunakan Facebook untuk menggerakkan sokongan menjayakan demonstrasi secara aman di hadapan kedutaan Israel seluruh dunia pada 15 May 2011
Artikel asal: http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=365906

10 Mac 2011

Rakyat Palestin Saudara Kita


Petugas Aqsa Syarif di gerai jualan bersama warga SMK Damai Jaya


Para pelajar sedang mengikuti penerangan Ust Rofazlin


Para hadirin khusyuk mendengar penerangan Ust Rofazlin



Ust Rofazlin menerima cenderahati dari pihak SMK Damai Jaya



Ust Rofazlin sedang berceramah di hadapan warga SMK Damai Jaya,Skudai



Ust Rofazlin Jusoh telah menyampaikan perkongsiannya di SMK Damai Jaya, Skudai pada hari Sabtu yang lepas , 5 Febuari 2011. Selain itu juga, gerai jualan Aqsa Syarif seperti biasa dibuka untuk jualan amal bagi mengutip dana – dana yang berkaitan dengan kebajikan penduduk Palestin. Semoga perkongsian ini akan menambahkan kesedaran di kalangan para pelajar tentang peri penting menyelamatkan Masjid Aqsa secara khususnya dan membantu rakyat Palestin yang sedang dijajah oleh regim Zionist secara amnya.

07 Mac 2011

Dana Kilang Roti Palestin


Walaupun tarikh akhir penyerahan sumbangan bagi Dana Kilang Roti telah berlalu, tetapi kepada para dermawan yang mahu memberi sumbangan, pihak Aqsa Syarif sangat mengalu-alukan usaha ini.Sumbangan boleh dibuat dengan menyumbang ke akaun Maybank dan CIMB tertera di atas.

02 Mac 2011

Regim Zionist Semakin Mengganas Di Baitul Maqdis


Tentera regim Zionist berada berhampiran dengan Kompleks Masjidl Al-Aqsa

28 Feb 2011 -Pergerakan HAMAS menyeru seluruh rakyat Palestin bangkit menentang kezaliman regim Zionist yang semakin menjadi-jadi ekoran tindakan regim tersebut telah meluluskan rancangan meruntuhkan Menara Al-Amra` di kediaman Hanina, Baitul Maqdis. HAMAS juga mendedahkan beberapa kediaman, masjid dan sekolah di kawasan Ar-Ramaadin bakal berdepan nasib yang sama. HAMAS juga mendesak agar pertubuhan hak asasi manusia memberi tekanan terhadap tindakan regim Zionist yang tidak berperikemanusiaan ini.

Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=231&ArtID=79791

Regim Zionist Serang Gaza Dengan Jet F-16


Asap tebal menyelebungi Gaza selepas serangan udara regim Zionist


Regim Zionist dilaporkan telah menyerang beberapa lokasi dalam wilayah Gaza selama 2 hari berturut-turut menggunakan jet F-16 pada 24 Feb 2011 yang lalu. Serangan udara hari pertama telah menyebabkan beberapa kematian serta 16 kecederaan di kalangan rakyat awam Palestin. Di antara kawasan yang telah dibom dengan peluru berpandu Zionist ini ialah kawasan pertanian di utara Khan Yunis dan selatan Bandar Gaza atau lebih dikenali Abu Jarad. Regim Zionist juga telah melepaskan peluru berpandu ke arah Unit Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami yang mencederakan 2 orang anggotanya. Sebelum itu seorang penduduk awam telah terkorban akibat serangan meriam regim Zionist di timur kawasan az-Zaitun dan mencederakan 16 orang yang lain
Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=231&ArtID=79524

26 Februari 2011

Allah membantu sesiapa yang membantu saudara seagamanya






Ustaz Rofazlin Jusoh,Pengerusi Aqsa Syarif Johor Bahru telah berkongsi pengalaman beliau menyertai konvoi ke Gaza pada tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit, Kulai, Johor pada hari Sabtu yang lalu 26/2 2011. Sekitar 300 orang pelajar beserta para guru telah mengikuti perkongsian ini sempena majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.Terima kasih kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit yang telah membeli sambil menderma kepada Tabung Aqsa Syarif Johor Bahru.

23 Februari 2011

Regim Yahudi rancang musnah 70 telaga di Kafr Dan, Jenin




Unit bekalan air regim Zionist yang dikawal oleh pihak tentera pada tengahari Isnin telah berada di perkampungan Kafr Dan, barat Bandar Jenin, bagi menjalankan bancian terhadap telaga–telaga air yang ada di situ sebagai langkah awal untuk memusnahkannya kemudian.

Sumber tempatan berkata bahawa askar Zionoist yang berkenderaan tentera telah mengiringi sebuah kereta yang dipercayai milik pihak unit bekalan air regim itu untuk melindungi petugas banci yang sedang mendaftarkan serta mengambil gambar lebih kurang 70 buah telaga.

Sumber juga telah menambah bahawa pihak regim memberitahu bahawa selepas urusan bancian ini dilakukan, semua telaga tersebut akan ditimbus dengan alasan pembinaan yang tidak berlesen

Kebanyakan wilayah Tebing Barat telah menyaksikan pemusnahan lebih 70 buah telaga dalam usaha untuk menekan rakyat Palestin bagi mendapat air dan ini member bekalan air yang lebih kepada penduduk haram Yahudi

Sumber http://www.palestine-info.co.uk/en/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7mVbUYHBYsXaafXw724WZmWJD7Go93bk3XMe4yS7%2btL3rhc%2br1nSQrBNa53gBK89z9IQocQq1utt3DhoNsm6H/snnRlCf0r5Z1iQwQwkfBqM%3d

19 Februari 2011

Laluan Rafah akan dibuka setiap 3 hari


Kaherah – 18 Febuari – Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir hari telah bersetuju untuk membuka laluan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gazza untuk membolehkan kepulangan pelarian Palestin serta bantuan kemanusiaan. Dalam pada itu, Dr. Ghazi Hamd, Pengarah Sempadan Rafah telah berkata pihak berkuasa Mesir juga telah memutuskan untuk membuka sempadan Rafah bagi tempoh tiga hari.serta pada waktu malam. Beliau juga mengesahkan bahawa ada perbincangan dengan Angkatan Bersenjata Mesir bagi membuka sempadan setiap 3 hari secara tetap. Sempadan Rafah telah ditutup semenjak peristiwa tunjuk perasaan menjatuhkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari yang lalu.

Sumber :http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?artid=79225&secid=450

16 Februari 2011

Jazakumullah Warga Melaka !

Aqsa Syarif Johor Bahru dan Melaka telah berjaya mengutip dana Palestin sebanyak RM1710.25 dalam 4 siri perkongsian Palestin yang melibatkan 3 buah sekolah menengah dan 1 buah surau pada 15 Feb 2011. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah di atas nikmat ini.Semoga Allah meletakkan usaha ini di dalam neraca hasanat di Hari Kiamat nanti.Juga diucapkan terima kasih kepada warga Melaka yang telah menyahut seruan untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas ini.

Perkongsian Dengan Jemaah Kariah Surau Al-Islah,Ching, Melaka


Ustaz Rofazlin Jusoh berkongsi pengalaman dengan jamaah kariah Surau Al-Islah, Ching selepas solat Maghrib. Beliau menceritakan betapa warga Palestin begitu mencintai ilmu terutama hafalan Al-Quran. Menurut beliau lagi, sehingga kini tidak kurang dari 17,000 orang rakyat Palestin hafaz 30 juzuk Al-Quran. Beliau juga menyeru jamaah surau Al-Islah untuk sama-sama berganding bahu membantu perjuangan rakyat Palestin

Aqsa Syarif Johor Bahru berceramah di Sek.Men. Vokasional Datuk Seri Muhd Zin,Alor Gajah







Aqsa Syarif telah dijemput untuk berceramah di Sek.Men. Vokasional Datuk Seri Muhd Zin,Alor Gajah bersempena sambutan Malidur Rasul 2011. Sekolah ini adalah lokasi ketiga krew Aqsa Syarif JB bertandang selepas Sek.Men. Sains Muzaffar Syah, Melaka dan Sek. Men. Vokasional Melaka Tengah. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Aqsa Syarif Melaka. Selain ceramah, gerai jualan dibuka untuk member peluang kepada warga Sek.Men. Vokasional Datuk Seri Muhd Zin,Alor Gajah menyumbang kepad Aqsa Syarif.

15 Februari 2011

Aqsa Syarif Johor Bahru di Sek.Men Vokasional, Melaka Tengah






Aqsa Syarif Johor Bahru telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 2011 di Sek.Men Vokasional, Melaka Tengah.Ustaz Rofazlin Jusoh,Pengerusi Aqsa Syarif Johor Bahru telah berkongsi pengalaman beliau semasa menyertai konvoi ke Gaza serta .Antara perkara yang menyayat hati Ustaz Rofazlin ketika menceritakan kesengsaraan penduduk Palestin ialah kedaifan rumah mereka yang begitu sempit serta ketiadaan makanan. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Aqsa Syarif Melaka. Selepas ceramah, gerai jualan dikunjungi oleh warga Sek.Men Vokasional, Melaka Tengah.

“ Tiru Kehebatan Warga Palestin “ – Ust Rofazlin





“ Tirulah kehebatan warga Palestin “ demikian kata Ustaz Rofazlin Jusoh, Pengerusi Aqsa Syarif Johor Bahru kepada warga Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah,Air Keroh pada ceramah sempena Maulidur Rasul yang diadakan pada 15 Febuari 2011 di sekolah berkenaan. Pada sesi ceramah tersebut, beliau berkongsi pengalaman menyertai konvoi ke Gaza serta menceritakan sikap terpuji warga Palestin. Seperti biasa, Aqsa Syarif Johor Bahru membuka gerai jualan amal bagi mengutip dana. Majlis ini dijayakan dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Air Keroh,Aqsa Syarif Melaka dan IKRAM Melaka.

14 Februari 2011

Warga Gaza Turut Rayakan Kemenangan Reformasi

Warga Palestina di Gaza melepaskan bunga api dan tembakan ke udara untuk merayakan pengunduran diri Presiden Mesir Hosni Mubarak Jumaat. Sementara itu, kelompok Islam Hamas menyerukan penguasa baru Mesir untuk mengubah kebijakannya.

“Pengunduran diri Presiden Mesir Hosni Mubarak adalah awal dari kemenangan revolusi Mesir,” kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri. “Kemenangan itu adalah hasil dari pengorbanan dan ketekunan rakyat Mesir.”

Penduduk Gaza mendengar suara tembakan meletus di seluruh kota ketika berita mundurnya Mubarak menyebar. Reuters menuliskan, bunga api menerangi langit Gaza.
Gaza diapit Israel dan Mesir. Kedua negara telah memberlakukan pembatasan ketat pada pergerakan orang dan barang sejak Hamas mengambil alih wilayah itu, menghambat perekonomian Gaza.

“Kami menyerukan kepemimpinan Mesir baru untuk mengambil keputusan segera untuk menghentikan blokade Gaza dan membuka perbatasan Rafah secara permanen untuk memungkinkan pergerakan bebas orang-orang dan agar proses rekonstruksi Gaza segera dimulai,” kata Abu Zuhri. (RoL)

Sumber : dakwatuna

Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru di Forum Maulidur Rasul Anjuran KEJORA






Pada 13 Febuari 2011 bermula pukul 9.00 malam di Dataran Tasik Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi telah diadakan Forum Maulidur Rasul Anjuran KEJORA ( Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ). Pengerusi Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru, Ustaz Rofazlin Jusoh telah dijemput menjadi ahli panel forum tersebut, selain Ustazah Norlia binti Abdul Hamid, Timbalan Pengerusi Raudatus Sakinah Johor Bahru. Pada malam itu , Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru turut membuka gerai bagi mempelawa masyarakat turut sama menyumbang membantu rakyat Palestin yang tertindas. Forum kemudiannya tamat jam 10.53 malam. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan KEJORA yang telah sudi menjemput Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru ke program sempena Sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

09 Februari 2011

TAQWA - Penentu kemenangan untuk Palestin

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing – masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga – tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan – angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak – anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara – negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

08 Februari 2011

Ancaman Kuil Yahudi terhadap Masjidil Aqsa




Seorang pendita Yahudi yang terkemuka Dov Lior, telah menggesa supaya dilakukan persediaan untuk membina semula kuil Yahudi yang didakwa pernah wujud di tapak Masjid Al-Aqsa. Beliau secara terus terang bercakap tentang pemusnahan Masjidil Aqsa “ Kita mesti menyelamatkan tempat ini dan mengembalikannya semula ke pangkuan Israel, dan jika kita tidak mampu membinanya sekarang atas sebab perundangan, ia satu alasan yang tidak dapat diterima”

Beliau seterusnya menyeru agar diperhebatkan usaha pengajaran ajaran Talmud dan menggesa supaya memasuki Gunung Kuil yang memberi makna supaya menceroboh Masjidil Aqsa secara berselindung di sebalik alasan lawatan. Beliau berhujjah bahawa usaha mempergiatkan lawatan ke Masjidil Aqsa agar mendorong kerajaan Israel berfikir semula dan berusaha menghalang (Masjidil Aqsa) diserahkan ke tangan perosak (orang Islam ).

Beliau menolak tanggapan bahawa Kuil Sulaiman tidak boleh dibina atas alasan Kitab Taurat tidak menjelaskan perincian binaannya dan menambah disebabkan itu kuil itu mesti dibina walau apapun yang menghalangnya.

Sumber : http://www.alquds-online.org/index.php?s=news&id=6582

03 Februari 2011

Ceramah Di Masjid UTM Skudai oleh Islamic Society Jabalia, Gaza


Pada 4 Febuari 2011, selepas Solat Jumaat, bertempat di Masjid Sultan Ismail UTM Skudai, akan diadakan satu ceramah tentang Pembangunan Semula Gaza oleh Saudara Abdul Rahim Sihab, Pengerusi Islamic Society Jabalia, Gaza. Dijemput kepada semua muslimin dan muslimat yang berkelapangan untuk hadir ke program ini

02 Februari 2011

TABUNG PROJEK KILANG ROTI




Rakyat dan kerajaan Gaza telah menghadapi kemerosotan ekonomi dan pembangunan sehingga ke peringkat keluarga dan individu. Peningkatan penganggguran sehingga 55% dan kebergantungan bantuan oleh rakyat mencecah 75% menjadikan permintaan bantuan untuk pelbagai institusi di dalam masyarakat menjadi semakin kritikal.Lawatan relawan Aqsa2Gaza di beberapa penempatan termasuk di Beit Lahiya dan Jabalia (utara Gaza), Hospital Rantissi dan Islamic Universiti (Gaza City) dan Khanyyounis (selatan Gaza) mendedahkan keadaan sebenar Gaza yang sangat-sangat memerlukan bantuan luar untuk membangun semula sosio-ekonomi di Gaza.

KENAPA PERLU BERI SUMBANGAN ?

Roti dan hasil tenusu merupakan makanan harian penduduk di Gaza. Selepas kejayaan Aqsa Syarif dalam Projek Ternakan Lembu, Projek Roti akan membantu memberi pilihan makanan asas kepada penduduk di Beit Lahiya. Ia adalah pelengkap kepada makanan asas penduduk bandar khususnya dan luar bandar utara Gaza umumnya.

Projek kilang roti di Utara Gaza, Palestin merupakan projek utama daripada 6 projek terpilih untuk dilaksanakan. Projek-projek membina dan mengoperasikan kilang roti di Beit Lahiya (utara Gaza) diuruskan oleh Islamic Society Beit Lahiya . Kilang roti ini akan mampu menyediakan 20 peluang pekerjaan kepada penduduk dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar yang mempunyai anggaran populasi 80,000 orang. Kos projek adalah bernilai USD200,000 (RM630,000).

Rakyat Malaysia yang berminat untuk sama-sama menanam saham akhirat, boleh berhubung terus dengan mana-mana wakil Aqsa Syarif atau hubungi terus: Ibu Pejabat Aqsa Syarif di talian:
+603 - 8733 4636

Kakitangan Aqsa Syarif bersedia membantu anda merealisasikan niat suci anda. Aqsa Syarif juga membuka peluang ini kepada para usahawan, ahli-ahli korporat,persatuan persatuan, masjid-masjid dan agensi-agensi yang berminat.

Anda boleh menyampaikan sumbangan dalam bentuk kewangan ke dalam akaun bank atas nama AQSA SYARIF BERHAD Maybank Islamic No : 5515-7500-4299

Anda boleh fakskan slip bank atau hubungi kami untuk memaklumkan sumbangan anda. Faks slip bank anda ke nombor di bawah: FAX: +603 - 8734 9636

AQSA SYARIF BERHAD
No 18 Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43800 Kajang Selangor
+603-8733 4636 (Pejabat)
Fax: +603-8734 9636
Email: admin@aqsasyarif.org.my
www.aqsasyarif.org.my

AKAUN UNTUK SUMBANGAN:
Maybank Islamic No. : 5515-7500-4299
Cek atas nama: AQSA SYARIF BERHAD

“MEMPERKASA UMMAH -MEMBEBASKAN AL-AQSA”
PROJEK MALAYSIA MELALUI AQSA SYARIF

TABUNG ANAK-ANAK YATIM PALESTIN





“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad)tentang apa yang harus mereka infakkan katakanlah “Harta apa sahaja yang kalian infakkan hendaknya diperuntukan bagi kedua orang tua, kerabat, ANAK YATIM, orang miskin, orang dalam perjalanan. Dan kebaikan apa sahaja yang kalian kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Al-Baqarah 2:215)

Sejak Palestin dijajah oleh Yahudi, beribu-ribu kanak-kanak warga Palestin menjadi yatim lantran bapa terkorban di medan juang atau meninggal dunia semasa dalam tahanan rejim Yahudi yang sangat kejam.Sekatan yang berterusan oleh Rejim Zionis yang zalim menyebabkan ekonomi Palestin dalam keadaan yang sangat buruk. Pihak Berkuasa Palestin tidak berupaya untuk membiayai ANAK YATIM yang dari hari kesehari jumlahnya semakin meningkat.

AQSA SYARIF dan Takaful for Child Welfare (TAKAFUL) telah mengenal pasti lebih 2700
ANAK YATIM dan keluarga miskin di Palestin dan perkhemahan sekitarnya.Tanpa bantuan daripada individu atau organisasi daripada negara-negara lain, ANAK ANAK YATIM Palestin tidak akan dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Masa depan mereka menjadi gelap dan tidak terjamin.Bantuan yang dihulurkan akan digunakan untuk menampung keperluan, ANAK-ANAK YATIM seperti keperluan asas, kesihatan dan pendidikan.

Tabung ANAK-ANAK YATIM Palestin ditubuhkan oleh AQSA SYARIF dengan kerjasama Takaful for Child Welfare (TAKAFUL), Lubnan.

Penaja boleh terdiri daripada orang perseorangan, kumpulan individu atau organisasi. Penaja akan diberikan maklumat tentang ANAK YATIM yang ditaja seperti nama, umur, jantina dan perkembangan anak-anak tersebut. Penaja juga akan mendapat gambar ANAK YATIM.

Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk seorang ANAK YATIM ialah RM2040 setahun. Sumbangan ini boleh dibayar sekali gus atau secara beransur-ansur. Ansuran untuk setiap bulan ialah sebanyak RM 170.00.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian
TEL: 03-87334636 /
FAX: 03-87349636
Email: admin@aqsasyarif.org.my
Laman web: http://www.aqsasyarif.org.my/files/Brochure%20AYP.pdf

AQSA SYARIF BERHAD
No 18 Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43800 Kajang Selangor
Tel: 013-7444760 (Pn. Sharifah)
03-87334636 (Pejabat)
Fax: 03-87349636

atau menyumbang terus kepada

AKAUN UNTUK SUMBANGAN:
Maybank Islamic No. : 551575-004299
Cek atas nama : AQSA SYARIF BERHAD