17 Mac 2011

Nyawa rakyat Palestin terancam bekalan perubatan terputus : Kementerian Kesihatan Gaza




Kementerian Kesihatan Gaza member amaran bahawa wilayah tersebut akan kehabisan bekalan insulin dan ubat-ubatan untuk proses dialisis dalam tempoh beberapa hari ini. Dilaporkan bahawa beratus pesakit memerlukan bahan ubat-ubatan ini bagi proses dialisis harian atau pemindahan buah pinggang.

Bahagian Farmasutikal Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi ini telah mempengaruhi 40% simpanan ubat-ubatan keseluruhannya, bilamana ia menyebabkan 165 bantuan perubatan kritikal tidak dapat disediakan.

Kebanyakan bekalan ubat-ubatan telah habis termasuk ubat-ubatan yang penting bagi pesakit barah, sawan, wanita hamil dan yang melahirkan anak, penyakit berkaitan kanak-kanak, penyakit thalassemia, susu formula bayi, ubat-ubatan khusus serta peralatan bagi bayi yang baru dilahirkan. Pesakit Palestin kini diancam bahaya khususnya bagi mereka yang ditempatkan di unit jagaan rapi serta mereka yang menghidap penyakit jantung dan saraf yang serius.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata hanya 37% bekalan perubatan penting, berjaya dibawa masuk ke Gaza pada tahun 2010, dan situasi Gaza yang dikepung ini akan mewujudkan bencana kesihatan pada masa hadapan yang akan mengancam nyawa ribuan pesakit sekiranya bekalan perubatan tidak disalurkan dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan