29 Januari 2011

Peningkatan jumlah kediaman rakyat Palestin yang dimusnahkan Israel


Nazareth, (PIC) - Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Perancangan Alternatif Arab
mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Israel telah menghancurkan 227 buah kediaman rakyat Palestin. Bilangan ini merupakan 38 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya, bilamana pada 2009 sebanyak 165 buah kediaman rakyat Palestin telah dimusnahkan . Kajian ini juga mendedahkan bahawa sebahagian besar kediaman yang telah dimusnahkan iaitu 205 buah kediaman terletak di desa-desa yang belum dikenalpasti oleh pihak berkuasa Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan