23 Januari 2011

Projek Ternakan Lembu Di Palestine


Atas derma anda sekelian, Aqsa Syarif telah berjaya menyelamatkan satu projek ternakan lembu yang terbengkalai, akibat gagal diteruskan oleh sebuah NGO. Semasa bantuan Aqsa2Gaza, relawan Aqsa Syarif telah melawat perkembangan projek yg telah diselamatkan itu. Projek berpotensi besar ini memerlukan dana pengembangan sebanyak RM 300,000.

Projek ternakan lembu, kambing, ayam dan arnab bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Projek diurus oleh Persatuan Islam Jabalia. Projek ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Projek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan