29 April 2010

Kursus Train Of Trainers ( TOT ) Palestin

Perhatian untuk semua pejuang Aqsa...
Pihak Aqsa Syarif Johor Bahru sedang dalam perancangan untuk mengadakan kursus tersebut pada pertengahan Mei ini. Ianya adalah terbuka sesiapa sahaja yg berminat untuk melibatkan diri dalam perkara berikut:

1- Ibu bapa yg ingin menjadikan isu Palestin untuk bahan tarbiyyah seisi keluarga.
2- Para guru / pensyarah / dsb yg ingin menjadikan sekolah / IPT / rakan seperjuangan / pelajar -pelajarnya sebagai sasaran untuk mendedahkan isu Palestin ini.
3- Pelajar IPT yg berminat untuk menganjurkan kempen kesedaran terhadap Palestin di kawasan kolej / IPT masing - masing.
4- Orang awam yg teringin untuk menjadikan masyarakat setempat sebagai sasaran dalam isu.
5- Mereka yg berkerjaya di bidang swasta / kerajaan......dan juga kepada sesiapa sahaja.


Kursus ini dibuat untuk membuka peluang kepada lebih ramai individu yg berminat untuk membuat ceramah, tetapi tidak tahu apa pengisian yg hendak disampaikan.

InsyaAllah, antara tentatif yang dirancangkan ialah:

1- Pendedahan isu - isu terkini Palestin
2- Tips memberikan ceramah
3- Amanat Pengerusi Aqsa Syarif
dan beberapa tentatif lain yg sedang dirancang.

Ayuh kepada anda yg berminat.... Penyertaan tidak hanya terbuka untuk mereka yg berada di sekitar JB sahaja, tetapi mereka yg datang dari seluruh negara dan berkemampuan untuk datang ke JB.. Emailkan nama, umur, alamat, no tel dan email kpd admin.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan