22 Mac 2011

Serangan terbaru Zionist ke atas Gaza cederakan 18 orang





Gaza – 21 Mac 2011- Regim Zionis menyerang lagi Gaza. Kali ini yang menjadi sasaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Serangan pada hari Isnin 21 Mac yang lalu, telah mencederakan 18 orang penduduk Palestin serta memusnahkan masjid, kediaman awam, klinik serta premis perniagaan.

Menurut Adham Abu Salmiyah, jurucakap Unit Kecemasan Gaza, hingga kini sudah 18 orang yang dimasukkan ke hospital. Diantara mereka, tujuh diantaranya kanak-kanak di bawah umur dan enam lainya adalah wanita. Sebelum itu, 11 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital Al-Syifa Gaza. 7 yang lain dirawat di hospital Kamal Udhwan di Bet Lahia.

Pada kejadian hari Isnin yang lalu, beberapa buat jet pejuang Zionis telah menyerang kota Khanyunis, selatan Gaza. Sasaran serangan adalah kawasan perumahan dan masjid. Menurut sumber tempatan, menyebutkan, beberapa buah peluru berpandu telah dilepaskan ke arah masjid Ibadurrahman di timur Khanyunis dan memusnahkan masjid tersebut sama sekali. Selain itu sebuah rumah milik keluarga Al-Najar turut diletupkan. Sumber berita melaporkan, sejurus sebelum serangan udara dilancarkan, regim Zionis telah mengarahkan para pemilik rumah keluar dari rumah mereka.

Menurut saksi kejadian, beberapa buat jet pejuang Zionis F16 telah menggempur lokasi di mana As-Syahid Abdul Aziz Al-Rantisi dibunuh di wilayah Al-Taw-am, utara Gaza yang telah mencederakan beberapa orang penduduk.

Sumber : Ikhwanonline dan Palestine-info

Tiada ulasan:

Catat Ulasan