30 Mac 2011

Facebook hapus laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ !




Ikhwanonline.com melaporkan bahawa “ Facebook “ telah menghapuskan laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ yang telah mencapai bilangan setengah juta pengunjung. Laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ ini telah menyeru agar umat Islam dan Arab digerakkan bagi melancarkan Intifadhah Palestine Ketiga pada 15 Mei 2011 bagi membebaskan Palestine.
Usaha ini bagaimanapun masih gagal kerana para aktivitis telah membuka laman baru dengan nama yang sama dan menyeru agar sejuta orang menyertai. Para aktivist Intifadhah Palestine Ketiga telah menyelar tindakan Facebook menghapuskan laman ini. Tindakan Facebook ini menurut Ikhwanonline.com didalangi oleh Menteri Informasi Israel, Yuli Edelstein yang telah meminta pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg menghapuskan laman “ Intifadhah Palestine Ketiga “ dengan alasan laman ini membahayakan Yahudi dan kepentingannya serta mengajak umat Islam menentang Zionist.
Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=81568&SecID=230

22 Mac 2011

Serangan terbaru Zionist ke atas Gaza cederakan 18 orang





Gaza – 21 Mac 2011- Regim Zionis menyerang lagi Gaza. Kali ini yang menjadi sasaranya adalah kanak-kanak dan wanita. Serangan pada hari Isnin 21 Mac yang lalu, telah mencederakan 18 orang penduduk Palestin serta memusnahkan masjid, kediaman awam, klinik serta premis perniagaan.

Menurut Adham Abu Salmiyah, jurucakap Unit Kecemasan Gaza, hingga kini sudah 18 orang yang dimasukkan ke hospital. Diantara mereka, tujuh diantaranya kanak-kanak di bawah umur dan enam lainya adalah wanita. Sebelum itu, 11 mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital Al-Syifa Gaza. 7 yang lain dirawat di hospital Kamal Udhwan di Bet Lahia.

Pada kejadian hari Isnin yang lalu, beberapa buat jet pejuang Zionis telah menyerang kota Khanyunis, selatan Gaza. Sasaran serangan adalah kawasan perumahan dan masjid. Menurut sumber tempatan, menyebutkan, beberapa buah peluru berpandu telah dilepaskan ke arah masjid Ibadurrahman di timur Khanyunis dan memusnahkan masjid tersebut sama sekali. Selain itu sebuah rumah milik keluarga Al-Najar turut diletupkan. Sumber berita melaporkan, sejurus sebelum serangan udara dilancarkan, regim Zionis telah mengarahkan para pemilik rumah keluar dari rumah mereka.

Menurut saksi kejadian, beberapa buat jet pejuang Zionis F16 telah menggempur lokasi di mana As-Syahid Abdul Aziz Al-Rantisi dibunuh di wilayah Al-Taw-am, utara Gaza yang telah mencederakan beberapa orang penduduk.

Sumber : Ikhwanonline dan Palestine-info

19 Mac 2011

Serangan Udara Terbaharu Regim Ragut 2 Nyawa Rakyat Palestin




Menurut laman sesawang www.ikhwanonline.com bertarikh 16 Mac 2011, 2 orang rakyat Palestin telah terbunuh sementara seorang lagi cedera apabila regim Zionist telah melancarkan serangan udara ke lokasi latihan HAMAS di timur Bandar Gaza pada awal pagi tadi. Menurut jurucakap Unit Kecemasan, Abu Salimah, bahawa 3 mangsa serangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Syifa` Gaza.

Sekurang-kurangnya 2 buah peluru berpandu telah dilancarkan daripada jet F-16 milik regim dan meletup pada awal pagi di kawasan Abu Jarad dan lingkungan timur Bandar Gaza.
Menurut saksi kejadian, bunyi letupan yang kuat kedengaran dan asap tebal kelihatan di kawasan serangan sejurus serangan jet F-16 milik regim.

17 Mac 2011

Nyawa rakyat Palestin terancam bekalan perubatan terputus : Kementerian Kesihatan Gaza




Kementerian Kesihatan Gaza member amaran bahawa wilayah tersebut akan kehabisan bekalan insulin dan ubat-ubatan untuk proses dialisis dalam tempoh beberapa hari ini. Dilaporkan bahawa beratus pesakit memerlukan bahan ubat-ubatan ini bagi proses dialisis harian atau pemindahan buah pinggang.

Bahagian Farmasutikal Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa bekalan ubat-ubatan yang tidak mencukupi ini telah mempengaruhi 40% simpanan ubat-ubatan keseluruhannya, bilamana ia menyebabkan 165 bantuan perubatan kritikal tidak dapat disediakan.

Kebanyakan bekalan ubat-ubatan telah habis termasuk ubat-ubatan yang penting bagi pesakit barah, sawan, wanita hamil dan yang melahirkan anak, penyakit berkaitan kanak-kanak, penyakit thalassemia, susu formula bayi, ubat-ubatan khusus serta peralatan bagi bayi yang baru dilahirkan. Pesakit Palestin kini diancam bahaya khususnya bagi mereka yang ditempatkan di unit jagaan rapi serta mereka yang menghidap penyakit jantung dan saraf yang serius.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata hanya 37% bekalan perubatan penting, berjaya dibawa masuk ke Gaza pada tahun 2010, dan situasi Gaza yang dikepung ini akan mewujudkan bencana kesihatan pada masa hadapan yang akan mengancam nyawa ribuan pesakit sekiranya bekalan perubatan tidak disalurkan dengan segera.

12 Mac 2011

" Bebaskan Palestin " pada wang kertas Israel




RAMALLAH (Ma’an) – 6 Mar 2011 Para remaja Palestin telah memulakan kempen menulis perkataan “ Bebaskan Palestin “ pada wang kertas Israel di Facebook .
Mengikut halaman kempen di Facebook, idea ini tercetus dari pihak penganjur yang menyakini usaha penentangan tanpa kegananasan di peringkat nasional
Matawang Israel –shekel- digunakan di Tebing Barat dan Gaza dan pihak penganjur kempen ini berkata bahawa dengan menulis pada wang kertas ini remaja Palestin boleh berperanan dalam menentang pendudukan Israel serta polisi yang menindas rakyat Palestin.
“ Ini adalah cara penentangan yang mudah, kreatif, tidak melibatkan keganasan serta inovatif “ menurut satu kenyataan di dalam laman Facebook.
Kenyataan tersebut juga menggesa para pengguna Facebook menyertai kempen ini dan “ menjadi sebahagian daripada hasrat yang dicita-citakan untuk melakukan perubahan serta membuktikan ( sokongan ) “
Para remaja Palestin didapati semakin ramai menggunakan laman sosial ini sebagai alat penentangan, yang diilhamkan daripada usaha kebangkitan rakyat seluruh Negara Arab menerusi internet
Para pelajar dan aktivis di Gaza telah menggunakan Facebook untuk menggerakkan sokongan menjayakan demonstrasi secara aman di hadapan kedutaan Israel seluruh dunia pada 15 May 2011
Artikel asal: http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=365906

10 Mac 2011

Rakyat Palestin Saudara Kita


Petugas Aqsa Syarif di gerai jualan bersama warga SMK Damai Jaya


Para pelajar sedang mengikuti penerangan Ust Rofazlin


Para hadirin khusyuk mendengar penerangan Ust Rofazlin



Ust Rofazlin menerima cenderahati dari pihak SMK Damai Jaya



Ust Rofazlin sedang berceramah di hadapan warga SMK Damai Jaya,Skudai



Ust Rofazlin Jusoh telah menyampaikan perkongsiannya di SMK Damai Jaya, Skudai pada hari Sabtu yang lepas , 5 Febuari 2011. Selain itu juga, gerai jualan Aqsa Syarif seperti biasa dibuka untuk jualan amal bagi mengutip dana – dana yang berkaitan dengan kebajikan penduduk Palestin. Semoga perkongsian ini akan menambahkan kesedaran di kalangan para pelajar tentang peri penting menyelamatkan Masjid Aqsa secara khususnya dan membantu rakyat Palestin yang sedang dijajah oleh regim Zionist secara amnya.

07 Mac 2011

Dana Kilang Roti Palestin


Walaupun tarikh akhir penyerahan sumbangan bagi Dana Kilang Roti telah berlalu, tetapi kepada para dermawan yang mahu memberi sumbangan, pihak Aqsa Syarif sangat mengalu-alukan usaha ini.Sumbangan boleh dibuat dengan menyumbang ke akaun Maybank dan CIMB tertera di atas.

02 Mac 2011

Regim Zionist Semakin Mengganas Di Baitul Maqdis


Tentera regim Zionist berada berhampiran dengan Kompleks Masjidl Al-Aqsa

28 Feb 2011 -Pergerakan HAMAS menyeru seluruh rakyat Palestin bangkit menentang kezaliman regim Zionist yang semakin menjadi-jadi ekoran tindakan regim tersebut telah meluluskan rancangan meruntuhkan Menara Al-Amra` di kediaman Hanina, Baitul Maqdis. HAMAS juga mendedahkan beberapa kediaman, masjid dan sekolah di kawasan Ar-Ramaadin bakal berdepan nasib yang sama. HAMAS juga mendesak agar pertubuhan hak asasi manusia memberi tekanan terhadap tindakan regim Zionist yang tidak berperikemanusiaan ini.

Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=231&ArtID=79791

Regim Zionist Serang Gaza Dengan Jet F-16


Asap tebal menyelebungi Gaza selepas serangan udara regim Zionist


Regim Zionist dilaporkan telah menyerang beberapa lokasi dalam wilayah Gaza selama 2 hari berturut-turut menggunakan jet F-16 pada 24 Feb 2011 yang lalu. Serangan udara hari pertama telah menyebabkan beberapa kematian serta 16 kecederaan di kalangan rakyat awam Palestin. Di antara kawasan yang telah dibom dengan peluru berpandu Zionist ini ialah kawasan pertanian di utara Khan Yunis dan selatan Bandar Gaza atau lebih dikenali Abu Jarad. Regim Zionist juga telah melepaskan peluru berpandu ke arah Unit Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami yang mencederakan 2 orang anggotanya. Sebelum itu seorang penduduk awam telah terkorban akibat serangan meriam regim Zionist di timur kawasan az-Zaitun dan mencederakan 16 orang yang lain
Sumber : http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=231&ArtID=79524